Menang atau Syahid?

Wednesday, October 23, 2013 6:16 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments


"Makan nasi dengan kicap je ziqah?" hati bermonolog...
Alhamdulillah ada juga rezeki Allah bg, telur ayam goreng plus kicap sebagai lauk utama malam ni... :)
Bersyukur! 
Detik hati...

Setiap suapan membuat air mata bergenang...
Apa khabar saudaraku di bumi Palestin?
Bahagiakah saudaraku di bumi Gaza?
Sudah makan kah saudaraku di bumi syria?
hatiku masih bermonolog....

Allah.. Allah... Allah...
apa sajian mereka pada hari ini?
adakah masih berlaukan peluru sebagai menu utama?
adakah masih hidangan darah sebagai penghilang kehausan?

Lemah..
Jawapan di depan mata...
mampukah aku jika di tempat mereka?
Allah..
perjuangan mereka kerana Mu!
Menang atau Syahid!
Adakah aku akan di beri peluang?
Allah .......................  :'(