Ketika pena berbicara :')

Sunday, August 11, 2013 4:07 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments
Tuhan...
Ketika aku lemah,
Ajarkan aku erti kekuatan...
Agar aku tahu, ujianMu,
Muhasabah buat diriku..

Tuhan,
Ketika aku tersungkur,
Ajarkan aku erti kesyukuran,
Agar aku tahu, KasihMu,
Masih ada buatku..

Tuhan,
Ketika kesabaranku
semakin menghilang,
Ajarkan aku erti Tawadu`,
Agar aku tahu,
indahnya harga sebuah ketakwaan,
di sisiMu..

Tuhan,
Ketika aku rasa keseorangan,
Hadirkanlah aku sebuah senyuman,
agar aku tahu,
Betapa kau selalu di sisiMu... 

Ya Rabb,
Ketika air mata ini mengalir tanpa henti,
pohonku, hilngkanlah tiap titisan dosa,
Agar menjadi kafarah dosa,
y mengalir dalam diriku..
yang membentuk dan mencorak warna kehitaman,
Sehingga aku sedari bahawa,
ujianMu, adalah tarbiah buat diriku :')

~4syawal..
6.57 p.m

Satu Rindu :)

Wednesday, May 29, 2013 9:36 PM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


~'iqa, nabi kirim salam.. dia tanya bila iqa nak pergi sana'
abg ngah..~
sayu sangat hati bila angah ckp cm2!
rasa nk menitis air mata bila bila angah cerita lalu depan makan Rasulullah...
Terasa tersangat rindu pada baginda...
Tersangat RINDU! :'(



A giving from HIM :')

Saturday, May 25, 2013 1:57 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

                                    "Ya Allah jika rizki kami ada dilangit maka turunkanlah. Jika ada dibumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah."

Bismillah....
Alhamdulillah... seronok sgt bila balik rumah....
salah satu kekuatan Allah beri, Keluarga :)

hhihih...
sebenarnya bukan nk cerita pasal aktiviti cti ni...
sbb smua mahasiswa ni tau da ble cti ni mmg bnyk assgmnt bratorkan?
gud luck la ye teman2 unt mnyiapkannyeee (cakap ngan cermin ea ziqah?)..hehhe

hari ni terkesan dengan salah satu pesan ibu :)
Yup, my hero....
ibu pesan, kita umat islam ni kene kuat.
kene kaya....
kita kena kaya sebab apa?
sbb kita kene naikkan ekonomi umat islam..
bila kaya kita boleh banyak beserdekah..
bila kita kaya kita kene bayar zakat yang banyak....
dan melalui situ kita boleh bantu dan bagi saudara seislam turut merasai apa yang kita ada...

ibu pesan lagi,
kita umat islam tak boleh malas...
tak boleh cepat putus asa..
sebab semua yang jadi itu takdir Allah..
yang penting kita kene usaha....
dan ibu kata lagi kita ni patt bersyukur sebab sekarang Alhamdulillah kita sedikit demi sedikit didedahkan dengan banyak ilmu akhirat...
ibu kata dia suka sangat dengan IKIM pergi dan balik keje..smpai nama pceramah tu pown ibu hafal.... :')

*Ya Allah....
ibu ini adalah anugerahMu terhebat buatku....
Sungguh Ya Rabb, kau ciptakan dia dengan hati yang kuat disebalik kelembutannya....
Tak mungkin aku satabah dia dalam melalui liku2 hidup ini..

bila aku demam, aku cari ibu,
bila aku rasa down, aku cari ibu,
bila aku rasa penat, aku cari ibu,
bila aku nak keluar, aku cari ibu,
bila aku perlukan duit, aku cari ibu,
bila aku kecewa, aku cari ibu,
bila aku nak exam, aku cari ibu,
bila aku menangis, ibulah selalu memujuk....
ibu tak pernah jemu....
tak pernah.... :'(


Aku Memohon Ampun YA ALLAH :')

Monday, May 13, 2013 7:14 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 1 comments

Mutiara jernih jatuh satu persatu membasahi pipi...
Hikmah dalam hikmah bila di uji pabila nikmat kesihatan diambil seketika olehNya :')
Nikmat y slalu tidak di syukuri manusia~ Kesihatan...

Lama berteleku di tikar sejadah...
mengingati dosa2 y kdangkala dilakukan dengan sedar...
Allah...
terasa kerdil dan lemah sungguh diri...
mengingati bait2 keseronokan dan kelalaian yang terus menerus membelenggu diri..
tiada air mata yang mengalir,
sama ada air mata kesedihan atau keinsafan,
sehingga di dakap erat oleh seorang sahabat y mziarahi di laman ilmu disini...
teras hati y gersang di landa kemarau basah sedikit demi sedikit...

Ya Rabb...
kirimkan aku kekuatan unt tidak terus hanyut dengan permainan dnia...
pimpin hatiku unt syurgaMu Ya Rabb...
hadiahkan aku sekeping keikhlasan agar bibir ni slalu istiqomah dalam menyebut namamu:')
dan kurniakan aku teduhan dengan hikmat dan hikmah kurniaanMU...



TanpaMu :')

Sunday, March 17, 2013 10:39 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments
Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Akmal Mirwana Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Dear Hati :)

Wednesday, March 13, 2013 1:29 PM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

Dear Diri....
kita belajar bukan unt dekan,
bukan untuk menunjuk,
bukan untuk berbangga kerna tingginya ilmu,
bukan untuk menyombong pabila melangkah ke universiti~

jika tidak keranaNya,
kau mungkin tiada disini,
kau mungkin ibarat kain buruk,
y diguna pakai oleh manusia, tp tidak pernah dihargai jasanya,
kau mugkin juga ibarat pohon tanpa buah,
besar tubuhnya, tetapi tiada jasanya unt ditaburi...

atau mungkin kau lupa,
tujuan perjalanan perjuangan dirimu ini.. ~

Wahai diri,
ingatkah akan dikau janji y dibuat?
tanggungjawab y perlu dibuat?
berdirinya kau disini hanya untuk menjadi khalifah y diredhoi?
unt berbakti buat agamamu?
unt menghapus setiap dosamu?
unt megejar syurganya?


jangan menangis diri,
jangan biarkan dirimu lemah dalam perjuangan ini,
jangan dibiar rasa lelah menguasai ilmu,

jangan biarkan perkataan putus asa menguasai dirimu..
jangan dilihat atau di cemburui kejayaan orang lain,
perbaiki hatimu wahai diri, perbaiki niatmu,
moga kekuatan terus dikirimNya :')

NiQab ~

Thursday, March 7, 2013 7:04 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 1 comments

Aku : Akak, kenapa akak pakai niqab? y owg tau nk ttup kcantikan je..
Akak : hehe..tu salah satu.. dan salah satu nye sebab aurat..
Aku : aik? Aurat bkan semua tubuh badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan ke bagi perempuan?
Akak : Dalam Al-Quran ( Dia ada bacakan ayat tu sekali dengan makna, tp aku da lupa..huhuh), Allah suruh kita pakai kerudung dan menutup dada.. tp kerudung tu ulama' berbeza pendapat.... ada y kata pakai niqab, ada y kata pakai tudug sahaja.
Aku : ooo..macam tu ke...
Akak : Isteri Rasulullah semua pakai niqab... kte tak dapat ikot apa Rasulullah pakai, tp kita boleh ikot apa isteri Rasulullah pakaikan :)
Aku ~ :')

makin lama aku duduk kat MCDC tu, bnyk bnda y aku belajar.. MasyaAllah... indahnye menjadi seorang wanita!
senang sangat nk masuk syurga, tp isi di neraka pown ramai dari golongan wanita. :'(
sebenarnya walau kita da berjaya melangkah ke Universiti, bkan bermakna kita dah berjaya di menara gading, walupun pown kita dapat DEKAN dalam pelajaran, tp kita tak semestinya DEKAN di mata DIA :'(

Allah....
hati ini amat merindui haruman tarbiah kiriman diriMU :')