bukan aku belagak bagus,
tapi aku hanya menjalankan tanggujawabku dibumiNya ini..
bukan kesukaan manusia pada diri ini yang aku harapkan,
tapi cinta dan keredhoan Dia...
bukan aku pengecut untuk tidak membalas kata-kata nistamu,
tapi aku sedang melatih diriku menjadi orang sabar..
bukan air mata ini mengalir kerana di robek dengan kejian mu,
tapi tangisan ini kerana takut kata-katamu menjadi fitnah bagi agamaku..
Buat dirimu,,,
benar kata mu...
keluargaku porak peranda..
tidak seperti dirimu,,
mempunyai sebuah keluarga yang sempuna,
tp kau tahu aku bahagia?
kerana aku tahu Dia menguji kami kerana Dia masih mengingati dan menyayangi kami..
kerana aku tahu ujian ini diberiNya kerana aku mampu untuk menjalaninya...
Cukup DIA dalam hidupku...
aku tak perlukan insan2 yang tidak ikhlas bersamaku..
aku masih meneruskan perjuangan ku, langkahku kerana Cinta Dia...
Aku memang tidak sempurna, jahil, hina, gedik,
tp aku cuba menjadikan diri yang tidak sempurna ini supaya menjadi salah seorang bidadari syurga...
aku hanya ingin menjalani kehidupan ini dengan ketenangan RahmatNya..
terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menjadi lebih kuat di sebalik tudung labuh yang sering kau perkatakan ini :)
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.... :)"
*Sabar Haziqah!
Post a Comment