memories PraktiCal Part 1~

Wednesday, November 17, 2010 10:07 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 2 comments




16 NoVeMbER 2009,

kau hadir tanpa sedar,
kehadiranmu,
membuat bibir ini tersenyum,
membuat hati ini ketawa,
dan membuat semanGat ini Kuat!

Bangunan siding,

halamanmu menjadi saksi,
menjadi medan permainan kami,

ketika kepenatan setelah pulang,
dari memerah keringat di siang hari.
tidak pula aku lupa,
kau juga menjadi saksi,

jeritan pak guard di malam hari,
mengejar kami tanpa henti,
kerana melanggar peraturan sesuka hati.

siding 206,

menjadi saksi,
keakraban kami,
kekuatan ukhuwah itu,
kemanisan persahabatan itu,

juga kebahagiaan keenakan memakan coklat,
tanpa memikirkan penyakit kencing manis,
yang sedia menanti =P


kumPulan 3 dan 4,

medan penyatuan kami,
medan perkenalan kami,

medan kerjasama kami,
dan medan perjuangan kami,
membungkus najis lembu,
yang berguni-guni dan bertangki-tangki,
di bumi arau, Perlis.


putera bantal strawberi,

kau beri aku rasa,
kau beri
aku coklat,
kau beri aku bantal strawberi,
kau beri aku aku senyuman,
walau beribu kali hati kau aku lukakan,
kerana hatiku
dipunyai yang lain,
juga kerana aku tahu,
kau juga akan mendapat seseorang,

jauh lebih baik dariku.

Bantal strawbEri,
terima kasih,
ada di sisiku,
ada ketika air mata ini tidak berhenti mgalir,
ada ketika aku kesunyian,

dan ada tika aku ingin meluahkan perasaanku.

cendawan uitm arau perlis,


di kala malam hari,
kau lah persinggahan kami,
berOn9 tanpa henti,
juga tempat kami,
bermain basikal dengan wajah berseri.
kau juga melihat kami,


bertungkus lumus mencari-cari,
kemanakah lawatan kami,
awal januari 2010 tahun ini.

unit ladang uitm perlis,

jasamu tidak kami lupa,
kau mengeratkan kami,
memperkenalkan kami dengan anugerahNya,
memberi rasa kepada kami,
kesusahan, kesenangan, kepahitan dan kemanisan,
sebuah perjuangan~