TanpaMu :')

Sunday, March 17, 2013 10:39 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments
Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Akmal Mirwana Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Dear Hati :)

Wednesday, March 13, 2013 1:29 PM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

Dear Diri....
kita belajar bukan unt dekan,
bukan untuk menunjuk,
bukan untuk berbangga kerna tingginya ilmu,
bukan untuk menyombong pabila melangkah ke universiti~

jika tidak keranaNya,
kau mungkin tiada disini,
kau mungkin ibarat kain buruk,
y diguna pakai oleh manusia, tp tidak pernah dihargai jasanya,
kau mugkin juga ibarat pohon tanpa buah,
besar tubuhnya, tetapi tiada jasanya unt ditaburi...

atau mungkin kau lupa,
tujuan perjalanan perjuangan dirimu ini.. ~

Wahai diri,
ingatkah akan dikau janji y dibuat?
tanggungjawab y perlu dibuat?
berdirinya kau disini hanya untuk menjadi khalifah y diredhoi?
unt berbakti buat agamamu?
unt menghapus setiap dosamu?
unt megejar syurganya?


jangan menangis diri,
jangan biarkan dirimu lemah dalam perjuangan ini,
jangan dibiar rasa lelah menguasai ilmu,

jangan biarkan perkataan putus asa menguasai dirimu..
jangan dilihat atau di cemburui kejayaan orang lain,
perbaiki hatimu wahai diri, perbaiki niatmu,
moga kekuatan terus dikirimNya :')

NiQab ~

Thursday, March 7, 2013 7:04 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 1 comments

Aku : Akak, kenapa akak pakai niqab? y owg tau nk ttup kcantikan je..
Akak : hehe..tu salah satu.. dan salah satu nye sebab aurat..
Aku : aik? Aurat bkan semua tubuh badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan ke bagi perempuan?
Akak : Dalam Al-Quran ( Dia ada bacakan ayat tu sekali dengan makna, tp aku da lupa..huhuh), Allah suruh kita pakai kerudung dan menutup dada.. tp kerudung tu ulama' berbeza pendapat.... ada y kata pakai niqab, ada y kata pakai tudug sahaja.
Aku : ooo..macam tu ke...
Akak : Isteri Rasulullah semua pakai niqab... kte tak dapat ikot apa Rasulullah pakai, tp kita boleh ikot apa isteri Rasulullah pakaikan :)
Aku ~ :')

makin lama aku duduk kat MCDC tu, bnyk bnda y aku belajar.. MasyaAllah... indahnye menjadi seorang wanita!
senang sangat nk masuk syurga, tp isi di neraka pown ramai dari golongan wanita. :'(
sebenarnya walau kita da berjaya melangkah ke Universiti, bkan bermakna kita dah berjaya di menara gading, walupun pown kita dapat DEKAN dalam pelajaran, tp kita tak semestinya DEKAN di mata DIA :'(

Allah....
hati ini amat merindui haruman tarbiah kiriman diriMU :')