Ketika pena berbicara :')

Sunday, August 11, 2013 4:07 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments
Tuhan...
Ketika aku lemah,
Ajarkan aku erti kekuatan...
Agar aku tahu, ujianMu,
Muhasabah buat diriku..

Tuhan,
Ketika aku tersungkur,
Ajarkan aku erti kesyukuran,
Agar aku tahu, KasihMu,
Masih ada buatku..

Tuhan,
Ketika kesabaranku
semakin menghilang,
Ajarkan aku erti Tawadu`,
Agar aku tahu,
indahnya harga sebuah ketakwaan,
di sisiMu..

Tuhan,
Ketika aku rasa keseorangan,
Hadirkanlah aku sebuah senyuman,
agar aku tahu,
Betapa kau selalu di sisiMu... 

Ya Rabb,
Ketika air mata ini mengalir tanpa henti,
pohonku, hilngkanlah tiap titisan dosa,
Agar menjadi kafarah dosa,
y mengalir dalam diriku..
yang membentuk dan mencorak warna kehitaman,
Sehingga aku sedari bahawa,
ujianMu, adalah tarbiah buat diriku :')

~4syawal..
6.57 p.m