penGhuJung Ramadhan :')

Friday, August 24, 2012 7:17 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

berhabuk udah ya laman ku ini..heheh
(tetiba plak ckp indon)
bnyk sgt program y mnyebabkan keinginan nk mgupdate blog ni asyik tertunda...
huhu

wuuuttt wuutttt...
Slamat hari raya! 
maaf zahir batin...
kalau puasa tak pnuh tu bole raya laaa :P
(aku mmg ske ckp ngan cermin) haha
papepown, Alhamdulillah taun ni merupakan Ramadhan dan syawal y pling manis dalam hidup aku...

Ramadhan?
terasa sngat sedih bile hari2 trakhir di bulan ramadhan ri2..
tak tau akan jumpa lagi ke tak :')
bnyak janji aku bt pada ramadhan lalu...
moga Allah terus permudahkan untuk jalan menuju cintaNya...

time puasa ri2 juga btungkus-lumus ngan angah bt kuih raya..
jgn men2 beb.. taun ni aku bt kuih raya sndiri au...hahah
sumpah, cm tak caya... pgang senduk pown aku malas,
tak tau cmana bt kuih y lbh leceh dr memasak ni aku bole ske...( ske ke?) haha
mgkin smgt bkobar2 untk blaja menjadi hamba y sabar, mbuat aku kuatkan smgt unutk bt kuih raya taun ni..
Alhamdulillah beribu juga kuih y dapat di siapkan...
sedap? ofkos laaa..da lulus nk jadi mnantu org :P (kawan ibu yang ckap)
sampai ckp kat angah nanti, kalau angah blaja kat india, time raya mst ingt kita bt kuih ni sama2...
smbil nyanyi lagu untuk dia y tngah famous skrg..hehe

Then, tme ramadhan ri2 juga aku iftar ngan 2 orang sahabat aku antara y terakrab..
Marlina n Nasuha...
kawan dari tabika beb..trasa manis ukhwah itu..

dan terasa rindu pulak bila bkejar-kejar ngan ibu nk g tarawih sama2 :')

WaJah Di rinDu :')

Thursday, August 9, 2012 6:06 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments
Malam kelmarin...
aku mimpi dia...
melihat dia tersenyum...
Ya Allah,
aku terlalu rindu wajah tua itu :'(
terlalu rindu melihat senyuman dan tawanya...
sehingga kadang kala tersalah selalu menyebut namanya..
dan hati ini juga masih belum kuat untuk mengunjungi pusaranya :'(....
Tahun ini tahun pertama meyambut Ramadhan dan insyaAllah Eidulfitri di sambut tanpa dia...
Mati itu pasti, hidup itu insyaAllah right?

# Ibu pesan, jangan lupa selalu doakan Dia :')..
Ya Allah..moga kau tempatkan Arwah Mak Uda dalam kalangan orang beriman....

*Mak uda..iqa rindu mak uda~...


:)

Wednesday, August 8, 2012 9:13 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments

Kata-kata Hikmah Saidina Abu Bakar r.a
1.    Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2.    Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.    Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" 

Choices ~

Thursday, August 2, 2012 4:18 AM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan 0 comments


hidup ini satu persinggahan...
satu perjalanan yang kita tahu,
akhirat kesudahannya..

perjalanan kehidupan yang pelbagai simpang,
yang terpaksa membuat kita memilih,
itu ujian kehidupan kan?
terpaksa memilih untuk meneruskan langkah..

pilihan yang tepat,
membawa hikmah dalam perjalanan,
dan pilihan yang salah,
membawa erti dugaan dalam perjalanan kita :)

perjalanan Dunia juga ibarat pentas lakonan bagi diri kita,
kita pelakon utama,
keluarga, sahabat dan saudara itu, pelakon sampingannya..
jika berjaya kita di dunia,
jika kuat kita di di dunia,
jika kita melepasi dugaan di dunia,
maka tersnyumlah kita di SANA, 
pabila melihat kembali pentas lakonan kita di dunia :)

19.07
13 Ramadhan~