Nilai SebuAh mathurat~

Saturday, July 28, 2012 7:04 PM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan
Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”


Mathurat?
hadiah yang aku terima dari seorang sahabat sewaktu kakiku melangkah masuk ke UiTM.. :)
tidak aku kenal hadiah yang bermakna ini sehingga aku di temukan dengan dia.. Allahhu Akbar!
membaca dan menghayati maknanya tanpa aku ketahui dari mana asalnya..
sehingga satu masa, aku terlalu ingin tahu mengapa imam Hasan Al -Banna begitu berusaha sehingga ia boleh di bukukan menjadi rujukan doa harian....
mungkin kisah ini menjawab persoalan ku...
menjadi tauladan buat kita semua :)

Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”

Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”

Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.

Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”

Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”

Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku” Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup.

Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”

Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.

Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”

Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”
Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah ~

Nilai Iman, Islam itu sangat indahkan?
kerana takutkan azab Allah, seorang wanita telah menyebabkan lahirnya seorang ulama' yang bertaqwa di sisi Allah...
teringat waktu kat PLKN, slalu baca mathurat secara berjemaah dan selalu pesan kat adik2 PLKN ~ 
jaga diri, iman dan amal...
moga aku jua dapat mengotakan pesan yang aku tinggalkan buat mereka :')

Reactions: 

0 Response to "Nilai SebuAh mathurat~"

Post a Comment