unTuK AwaK :')

Saturday, July 28, 2012 7:10 PM Posted by sRik@ndiKebijaksanaan
Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba saya hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah awak yang sebenarnya. Dan kalau awak nak tahu, hampir setiap hari saya tunggu call atau msj awak. Saya rindu awak! Yang paling membuat hati saya pedih apabila saya terpaksa menahan diri dari menjawab segala panggilan atau sms dari awak...


Awak?
saya tak marah kat awak..sikit pown tak..
saya tak sengaja nak bagi awak risau dan takut..
maafkan saya ye?


Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.



Awak?
saat paling manis bagi seorang perempuan apabila lelaki yang dicintainya datang menemui keluarganya dan meminta kebenaran kepada walinya untuk mengungkap lafaz sakinah :)
dan saya harap orang itu adalah awak..

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan saya dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga " :')




Reactions: 

0 Response to "unTuK AwaK :')"

Post a Comment